-- ada aper dgn 7 --
asdi said...
Antara nombor-nombor yang banyak itu, yang sering kali disebutkan Tuhan dalam al-Quran ialah angka ganjil. Antara nombor ganjil yang diulang sebut oleh Tuhan ialah angka 7. Misalnya, Tuhan menciptakan bumi dan langit sebanyak 7 lapisan. Tuhan takdirkan siang dan malam berganti-ganti dalam 7 hari. Tuhan menciptakan syurga dan neraka sebanyak 7 tingkatan.
Demekian juga dalam amalan ibadah kita, 7 juga diulang-ulang. Misalnya, ketika mengerjakan haji, maka kita bertawaf sebanyak 7 pusingan. Melontar di jamrah iaitu di Jamrah al-Aqabah, Ula dan Wusta sebanyak 7 biji batu setiap kali lontaran.
Demikian juga ada yang menyebutkan kalimah syahadah juga terdiri daripada 7 kalimah. Apabila dilihat pula pada sembahyang, maka seseorang itu dikira sah sembahyangnya hanya selepas dia meletakkan 7 anggota badan iaitu, dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua kakinya yang ditegakkan anak-anak jari. Pendek kata angka 7 ialah angka yang dipilih oleh Tuhan dan disebutkan dalam al-Quran serta diamalkan dalam beberapa ibadah Islam.
Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui rahsia angka 7 itu. Hikmat dan rahsianya kita pulangkan kepadanya. Apabila kita cuba mengupas hikmat ini maka bolehlah kita sebutkan 7 itu memenuhi kehidupan manusia sejagat. Apabila Tuhan sebutkan 7 hari maka wajar kita penuhkan 7 hari itu dengan amalan syurga, bukan 7 hari dipenuhi dengan amalan neraka. Apabila kita sujud dengan tidak mencukupi 7 anggota badan seolah-olah kita tidak sujud kepada Tuhan dengan penuh rasa kehambaan.
Demikian apabila kita cuma menyikap rahsia angka yang Tuhan sebutkan dalam al-Quran. Apa pun hakikatnya Tuhan sahaja yang mengetahui. Sebagai orang yang beriman, kita menerima semua Tuhan sebutkan dalam al-Quran sebagai rahsia yang Tuhan sahaja maha mengetahui. Apa pun, menjadi sudah tanggungjawab kita tidak mempercayai nombor-nombor tertentu sebagai nombor hakikat dan sebagainya. Apatah lagi kita gunakan nombor-nombor tersebut bagi melakukan maksiat kepada Tuhan. Semoga Tuhan merahmati kita dan menjauhkan kita daripada bala bencana di dunia dan akhirat.
10:46 AM
--------------------oOo--------------------



0 Comments:
Post a Comment
<< Home